Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

13 RAHSIA SIHAT JIWA RAGA RASULULLAH SAW.

om Sihat Cara Rasulullah...

Ikuti tips -tips yang berikut :

1. Mandi di awal pagi ( Manji Fajar)

2. Sentiasabertahajjud sebelum masuknya waktu solat subuh

3. Bersederhana dalam makan minum (kawal pengambilan makanan)

4. Makan ketika terasa lapar sahaja.

5. Berhenti makan sebelum terasa kenyang

6. Exercise sentiasa dengan berjalan kaki

7. Senyum & ceria sentiasa

8. Berkerja dengan bersungguh-sungguh & penuh tanggungjawab

9. Sntiasa memaafkan kesalahan orang lain

10. Cukup & syukur dengan nikmat yg diberi

11. Istiqamah dalam beribadah

12. Infak/sedeqah di jalan Allah & bantu orang susah

13. Sentiasa berlapang dada & sentiasa berfikiran positif

=> Rasulullah SAW bersabda :

"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah"

( HR Muslim )

Friday, August 19, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons